Wednesday, 2 March 2011

Surat CINTA yang aku terima Pagi ini ...

Pagi yang Ceria pabila Menelifon Si Udang untuk mengejutkan dia .. Pada Tepat 6.15 AM .
Mula melangkah ke Bilik mandi untuk Membersihkan badan .
Macam biasa aku akan memanaskan Enjin motor dan Bersiap2 Memakai Baju sekolah .
Bersarapan dengan BURGER Ayam yang Kak Emi(Jiran Sebelah) belikan untuk aku ...


Bergegas kesekolah seperti hari-hari sebelum ini . Dengan Niat untuk menimba ilmu ...
Tiba sampai ke sekolah , Pengawas sudah bersedia di hadapan Pintu Utama sekolah untuk menulis nama Pelajar yang datang lewat ...
Setiba aku nampak , Aku terus Lari ke motor dan Pergi ke restoren Kak Mar . Berjumpa dengan Hapis Gemok  , Syafiq Hamid , Arif Ex5 bersama aweknya yang juga masok lewat ke sekolah ..
Sesaat jam menunjukkan pukul 7.45 , aku bersama Syafiq menuju ke sekolah dengan perasaan yang bosan . (Fikir nak ponteng)
Setiba di Foyer depan sekolah , terdapat beberapa pelajar bersama Guru . Aku terus lari ke Tangga dan terus masuk ke dalam kelas masing-masing ...
Belajar seperti biasa , Tiba masa Pendidikan Islam , Aku terlelap selama 1 Jam . Hahaha ~
Agak hilang ngantuk aku pada masa itu ...
Memperolehi Kertas Ujian Formatif 1 SEJARAH sebanyak 46% (aku buta sejarah) Hahaha :P


Tiba masa Bahasa Melayu , dengan bersungguh-sungguh aku membuat kerja yang diberi oleh Cikgu BM aku ..
Tiba-tiba terdengar Suara Encik SAMADI BIN DURIAT memekak kat Speaker sekolah bahasasanya Kelas tambahan berjalan seperti biasaa ..
Lalu satu kelas menjadi kecoh . Merungut kepenatan beliau . Dan masing-masing mengemas Beg dan tidak menghadiri kelas Tambahan Prinsip Perakaunan ... Hahaa !!!
Aku pulang dengan hati yang Gembira ...


Setiba di Rumah , Aku masuk ke bilik dan menyalin pakaian Sekolah ...
Sejurus aku keluar dari bilik , Ayah ku bertanya .
Ayah : Arif , dia pergi sekolah ke tak ???
Aku : Pergilahh , Kenape ??
Ayah : Tengok Surat Atas TV tu ..
Aku : Surat ape ??? *Lalu aku Berlari ke TV di hadapan untuk mengambil Surat itu dan Membaca isi tersuratnya ...


Aku terkejut bila ia bertulis PEMBERITAHUAN KETIDAKHADIRAN PELAJAR KE SEKOLAH - AMARAN PERTAMA .
Ayah aku terus berkata , Kalau tak nak Sekolah , Cakap je . Tak payah Cabut sekolah .. Ni tak , memalukan mak bapak ... *mengungkit kisah lama ...


Aku tak pernah Cabut Sekolah , kalau tak sekolah pun , Aku duduk kat Rumah je ...
Aku yang menahan kemarahan dan angin aku daripada aku kurang ajar dengan Kedua-dua ibubapa aku ...
Mak aku tidak berkata apa , Dia memahami aku . Dia berpesan " Kalau Lambat , tak apa , Janji datang sekolah . Jangan la ponteng .."
Lalu ayah aku pergi ke kerja dan Kemarahan aku mula Reda Saat aku melayan Adik-adik aku (anak jiran) yang mak aku jaga ...


Ini je lah aku nak Kongsi .. Tulis Bahasa Melayu sebab nak Mahirkan Karangan dan Rumusan untuk SPM ni . Apa pendapat korang ??
Okey tak ? aku tahu aku perlu perbaiki lagi ..


*Senior Ninious , La Espetra Muncii =)